Lepas keadaan sudah tenang-tenang, lepas sudah redha meredhai dengan keputusan SPM, sampai
masa pula isi borang permohonan nak masuk universiti. Inilah masanya nak
tunaikan impian belajar di universiti. Banyak pula pilihan nak masuk
universiti mana. Tunggu pihak universiti aje yang nak ke tak nak terima
saya.
Sebelum
dapat tawaran belajar secara rasmi melalui surat, bakal-nakal pelajar
universiti boleh semak status permohonan
melalui telefon. Tentulah gembira sebab saya sudah terpilih untuk
sambung matrikulasi di UPM. Teruja tunggu surat. Rakan-rakan pun ramai
yang berjaya, seorang demi seorang dapat surat tawaran tapi saya tak
dapat-dapat. Bermulalah episod bersedih hati dan bersusah hati. Tiap-tiap
hari ayah melawat pejabat pos kalau-kalau ada berita gembira untuk saya.
Hampa juga tiap kali tiada posto untuk saya .
Akhirnya
sampai juga surat yang ditunggu-tunggu. Banyak pula borang nak kena
lengkapkan. Banyak juga orang-orang yang kena tandatangan borang-borang
tu. Barang-barang keperluan juga kena siapkan. Kecohla juga sebab macam persiapan diakhir masa. Syukur alhamdulillah, walau
mak ayah bukanlah millionare, walau tiada insurans pendidikan tapi dana
untuk saya sambung belajar tu mencukupi.
Maka
berangkatlah kami beramai ramai demi menghantar saya ke Kolej Kurniawan
di Cheras (JV dengan UPM). Semua adik beradik join termasuk lah kakak
yang baru habis pantang sebab saya yang pertama dapat belajar jauh,
universiti pula tu. Semua orang teruja. dari Johor ke Cheras, naik van
ramai-ramai. Itulah kali pertama saya meninggalkan
keluarga dan kampung halaman demi memenuhi impian yang saya percaya
bukan impian saya sendiri sahaja malah impian mak ayah saya juga.
Apakah perjuangan saya seterusnya...tunggu catatat yang akan datang
No comments:
Post a Comment