Kenapa
saya sibuk nak turunkan berat badan? Kawan-kawan di tempat kerja semua
tegur, "mana ada ko gemuk??. Kenapa nak turunkan berat badan?" Pada
pandangan mereka saya tak gemuk tapi pada
pandangan mata saya, saya gemuk. Ukur baju kan di badan sendiri. Kalau
baju pun makin lama saiznya kena XL, tanda naik berat badan tu. Mereka
yang melihat saya tiap-tiap hari tentulah tak perasan sebarang perubahan
sebab da immune pandangannya.
Selain
sebab saya rimas dengan saiz badan sendiri, sebab lain saya turunkan
berat badan kerana saya hendak mengandung lagi.
I'm trying to conceive again (TTC again) Anak yang sulung dan satu-satunya zuriat saya sekarang ni sudah pun
berumur 2 tahun++. Dah layak dapat adik. Jika dikira dari tarikh saya
mula niat hendak mengandung lagi, saya sudah *Trying to conceive (TTC) sejak
10 bulan yang lalu. setakat ni gagal. Saya juga ada berbincang dengan
doktor di O&G dan antara lain cadangan mereka ialah reduce your weight! Sebenarnya bukan sekali cadangan ini dibangkitkan, malah sejak bertahun yang lalu. Kali ini saya sahut cabarannya.
Sebab lain saya usaha turunkan berat badan, kebetulan saya nak buat prosedur OD, success rate
lebih baik jika saya punyai BMI yang ideal. Jadi segala usaha saya ni
ke arah matlamat yang sama iaitu ZURIAT. Inilah ujian ALLAH untuk saya,
tapi saya tak berputus
asa. Harap UPT saya BFP hasil usaha saya ini, dengan izinNYA..insya allah
*BFP --> Big Fat Positif
No comments:
Post a Comment