Friday, 25 October 2013

Buang 12Kg tanpa produk kurus..tak percaya?

Yer..yes...naam..saya telah membuag sebanyak 12kg tanpa produk kurus dalam tempoh 3 bulan. Bukan rekaan..ini la hakikat. Hanya perlu percaya, usaha, fokus dan komitmen.

Turning point adalah bila tengok gambar sendiri yang nampak gempal, bila baju-baju kerja semua macam sudah sama fit di badan (tiada ruang yang selesa). Saya mulakan komitmen keluar masuk gym. 2 kali seminggu, sejam setiap kali. Tidaklah begitu konsisten tapi setelah 2 bulan, saya kehilangan 1.5kg. Satu kemajuan tapi rasa tidak berpuas hati. Saya mula jadi kawan baik goggle, mencari dan mencari apa agaknya produk yang berkesan untuk turunkan berat badan dan ekonomi untuk sustainability. Apa yang saja jumpa? Diet yang tak payah makan nasi dan segala jenis karbohidrat. Apa? Tak boleh makan nasi????!!! Mustahil ni. Lupakanlah.

Beberapa minggu selepas itu, saya masih tak berpuas hati. Apa lagi cara nak turunkan berat badan. Goggle lagi. Jumpa lagi diet tak makan nasi ni. Saya baca dan baca dan baca sehinggalah saya betul-betul bersedia untuk mulakan diet tak makan nasi ni.

DIET ATKINS : Diet rendah karbohidrat dan tinggi protien.

Nak buat apa pun kena ada ilmu, jangan sampai sesat dipertengahan jalan. Nak tahu apa diet itu diet atkins? Tunggu dalam catatan seterusnya...

Wednesday, 23 October 2013

Kenapa saya sibuk turunkan berat badan??

Kenapa saya sibuk nak turunkan berat badan? Kawan-kawan di tempat kerja semua tegur, "mana ada ko gemuk??. Kenapa nak turunkan berat badan?" Pada pandangan mereka saya tak gemuk tapi pada pandangan mata saya, saya gemuk. Ukur baju kan di badan sendiri. Kalau baju pun makin lama saiznya kena XL, tanda naik berat badan tu. Mereka yang melihat saya tiap-tiap hari tentulah tak perasan sebarang perubahan sebab da immune pandangannya.

Selain sebab saya rimas dengan saiz badan sendiri, sebab lain saya turunkan berat badan kerana saya hendak mengandung lagi. I'm trying to conceive again (TTC again)  Anak yang sulung dan satu-satunya zuriat saya sekarang ni sudah pun berumur 2 tahun++. Dah layak dapat adik. Jika dikira dari tarikh saya mula niat hendak mengandung lagi, saya sudah *Trying to conceive (TTC) sejak 10 bulan yang lalu. setakat ni gagal. Saya juga ada berbincang dengan doktor di O&G dan antara lain cadangan mereka ialah reduce your weight! Sebenarnya bukan sekali cadangan ini dibangkitkan, malah sejak bertahun yang lalu. Kali ini saya sahut cabarannya.

Sebab lain saya usaha turunkan berat badan, kebetulan saya nak buat prosedur OD, success rate lebih baik jika saya punyai BMI yang ideal. Jadi segala usaha saya ni ke arah matlamat yang sama iaitu ZURIAT. Inilah ujian ALLAH untuk saya, tapi saya tak berputus asa. Harap UPT saya BFP hasil usaha saya ini, dengan izinNYA..insya allah

*TTC --> berusaha untuk mengandung lagi
*BFP --> Big Fat Positif

Monday, 21 October 2013

Menunaikan impian

Lepas keadaan sudah tenang-tenang, lepas sudah redha meredhai dengan keputusan SPM, sampai masa pula isi borang permohonan nak masuk universiti. Inilah masanya nak tunaikan impian belajar di universiti. Banyak pula pilihan nak masuk universiti mana. Tunggu pihak universiti aje yang nak ke tak nak terima saya.

Sebelum dapat tawaran belajar secara rasmi melalui surat, bakal-nakal pelajar universiti boleh semak status permohonan melalui telefon. Tentulah gembira sebab saya sudah terpilih untuk sambung matrikulasi di UPM. Teruja tunggu surat. Rakan-rakan pun ramai yang berjaya, seorang demi seorang dapat surat tawaran tapi saya tak dapat-dapat. Bermulalah episod bersedih hati dan bersusah hati. Tiap-tiap hari ayah melawat pejabat pos kalau-kalau ada berita gembira untuk saya. Hampa juga tiap kali tiada posto untuk saya .
 
Akhirnya sampai juga surat yang ditunggu-tunggu. Banyak pula borang nak kena lengkapkan. Banyak juga orang-orang yang kena tandatangan borang-borang tu. Barang-barang keperluan juga kena siapkan. Kecohla juga sebab macam persiapan diakhir masa. Syukur alhamdulillah, walau mak ayah bukanlah millionare, walau tiada insurans pendidikan tapi dana untuk saya sambung belajar tu mencukupi.

Maka berangkatlah kami beramai ramai demi menghantar saya ke Kolej Kurniawan di Cheras (JV dengan UPM). Semua adik beradik join termasuk lah kakak yang baru habis pantang sebab saya yang pertama dapat belajar jauh, universiti pula tu. Semua orang teruja. dari Johor ke Cheras, naik van ramai-ramai. Itulah kali pertama saya meninggalkan keluarga dan kampung halaman demi memenuhi impian yang saya percaya bukan impian saya sendiri sahaja malah impian mak ayah saya juga.

Apakah perjuangan saya seterusnya...tunggu catatat yang akan datang

Friday, 18 October 2013

Apa hasilnya SPM?

Hari terakhir menduduki SPM, kami beramai-ramai menaiki bas ke kampung sebelah. Cikgu Biologi berkahwin. Dengan uniform sekolah, kami meriahkan kenduri beliau. Manisnya kenangan.

Beberapa bulan selepas itu, keputusan SPM pun di umumkan. Tentulah saya punya harapan yang tinggi melangit untuk mendapat keputusan yang cemerlang walau mungkin tak dapat title pelajar cemerlang. Zaman saya SPM, keputusan ikut pangkat berdasarkan aggregat. Lebih kecil nilai aggregat, lebih bagus keputusannya. Semua orang nak rebut pangkat 1 dengan aggregat serendah mungkin. Nak kira aggregat pula...ambil keputusan dari 4 subjek teras (BM wajib dalam pengiraan aggregat) dan 2 subjek sains (saya pelajar sains tulen). Makanya saya dapat agregat 16 gara-gara BM dapat C4. Saya menangis teresak-esak kerana kecewa dengan angka 16 walau masih dapat pangkat 1.

Sampai di rumah, mak tegur, "tak apa la yang penting dapat pangkat 1". Betul la apa yang mak cakap tu. Sepatutnya saya bersyukur,  Masih dapat pangkat 1. Bukan itu saja, saya pelajar terbaik subjek Fizik dan hampir-hampir juga dapat jadi pelajar terbaik BI (sekarang cakap BI berhabuk tonggang langgang)

Masa penyampaian anugarah pelajar terbaik di SMAT, saya sudah pun memulakan pelajaran di universiti. Memang rasa nak balik kampung untuk hadir majlis tersebut, tapi mak ayah tak berapa sokong keputusan nak balik kampung tu. Jadi saya batalkan niat aje. Dapatlah ayah naik pentas sekolah terima anugerah bagi pihak saya. Pasti ayah bangga.

Harap-harap yang membaca ni tidak la merasa saya menunjuk nunjuk...coretan saya ni sekadar perkara-perkara baik yang dapat saya kongsikan.

 
-Maton-

Thursday, 17 October 2013

SPM pula

Semasa saya di sekolah rendah, saya bercita cita menjadi pramugari. Bila cikgu minta buat karangan "CITA-CITA SAYA" tentulah karangan saya berkisar tentang pramugari. Terbang di awan biru, melancong ke luar negara, bergaya sakan dengan kebaya, body mestilah slim kan??

Semakin meningkat usia, minat menjadi pramugari semakin pudar. Saya hilang pedoman sekejap. Terlupa pasal cita-cita. Mungkin ketika itu, saya sibuk dengan persiapan nak SPM pula. Sementelaah nak SPM, maka saya berimpian nak belajar ke peringkat lebih tinggi, mestilah nak masuk Universiti. Masa PMR, tiada impian pun nak belajar di Universiti.

Bermulalah episod-episod mengulangkaji pelajaran setiap hari. Dalam tidak sedar saya mempunyai jadual belajar yang konsisten. Selepas waktu maghrib setiap malam, saya mengulangkaji matematik tambahan sehingga waktu isyak. Selepas solat isyak, saya akan menelaah subjek lain pula secara bergilir tiap malam,.

Setiap sabtu, saya akan hafal satu bab dalam buku Geografi (gara-gara dapat F masa percubaan)..hari ahad pula saya belajar matematik secara berkumpulan bersama seorang rakan. Kebiasaannya saya menelaah matematik dan fizik dengan cara menjawab soalan-soalan dalam buku latihan atau daripada himpunan soalan SPM. Selain itu, saya banyak membuat peta minda terutamanya subjek biologi. Untuk subjek kimia dan sejarah, saya banyakkan membaca dan membuat nota sendiri. Begitu juga untuk subjek-subjek lain seperti BM, BI dan Pendidikan Islam.

Belajar-belajar juga, tanggung jawab lain jangan tinggal, selain solat 5 waktu, saya baca yassin tiap malam (tak pasti mcm mana saya boleh begitu komited). Kelas tambahan memang tak tinggal (bila tak datang sehari, terus kantoi dengan cikgu). Semangatnya nak mengambil SPM sampaikan mak ayah saya kata "garam letak kt mana kat dapur pun tahu tempatnya". Saya terlalu asyik dengan matlamat nak masuk universiti :)

Kisah 10 Tahun yang lalu.

KISAH SEJARAH 10 TAHUN LALU

Ini kisah sejarah. Cerita 10 tahun yang lalu. Masa sekolah menengah. Saya bukan lah pelajar yang cemerlang. Walaupun saya duduk di meja paling hadapan dalam kelas, saya masih berat mulut untuk bertanya walau ada bab dalam pelajaran yang saya tak faham. Ada satu ketika cikgu matematik (lupa namanya) bertanya "dah siapkan jawapan untuk soalan tadi?" saya jawab "belum". cikgu tanya lagi "kenapa tak siapkan lagi?" saya jawab "tak faham, tak reti buat" Cikgu tanya lagi "kenapa tak tanya?" saya hanya diam

Betapa tak cemerlangnya saya ketika itu dan saya percaya betapa kecewanya cikgu matematik ketika itu. mungkin juga dia berfikiran "apa nak jadi dengan anak bangsaku".

Itulah kisah saya nak PMR. Saya pun tak berapa ingat bagaimana persediaan saya untuk menduduki PMR pada tahun tersebut. Mungkin ala kadar saja. Maka keputusan PMR pun ala kadar saja. Dapatlah separuh "A" daripada 8 subjek yang diambil. Tuhan kan MAHA ADIL. Tak kan saya usaha separuh, DIA nak bagi penuh pula kan?

Maka, dengan keputusan PMR yang sebegitu, selayaknya saya berada di sekolah yang bukan asrama pun..sekolah kerajaan penuh yang cuma 5 minit berjalan kaki dari rumah mak ayah saya. Rakan-rakan yang bijak pandai semua mula berpindah sekolah ke sekolah yang berprestasi tinggi. Kami la yang prestasi biasa-biasa ni terus menghuni dan menjayakan SMAT untuk SPM pula. Tak bagus dalam PMR tak bererti tak bagus selamanya...sebab yang bagus-bagus semua sudah berpindah keluar. Ini la peluang nak rebut jadi yang terbaik.







PCOS

PCOS

Ekoran daripada post saya di wall FB, ada yang bertanya apa PCOS tu. Sebenarnya semudah menaip di google, anda pasti dapat jawapannya. Tapi saya permudahkan lagi dalam versi Bahasa Melayu.

PCOS atau nama panjangnya PolyCystic Ovary Syndrome adalah keadaan seorang wanita yang mempunyai hormon yang tidak seimbang mengakibatkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung.

Simptom-simptom PCOS adalah seperti obesiti dan kesukaran menurunkan berat badan, terlebih hormon lelaki, terlebih kehadiran rerambut (bulu) seperti lelaki pada muka dan badan serta kitaran haid yang tidak teratur.

Wanita yang dikenalpasti sebagai PCOS mempunyai small cysts dalam ovarinya.Kehadiran small cycts inilah yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon.

Bagi diri saya sendiri, bukan semua simptom di atas ada pada diri saya. Bagi mengatasi masalah PCOS ini saya telah menurunkan berat badan sebanyak 14 kg dalam tempoh 3 bulan. Terbaru, saya telah menjalani ovarian drilling dan hasil daripada prosedur tersebut mengesahkan bahawa "No PCOS, No endometrioc spots, normal bilateral Ovaries and Uterus" (copy dari Discharge Summary)

Catatan di atas adalah hasil pembacaan saya di Internet bukan daripada sudut kepakaran klinikal (saya bukan doktor perubatan)

Wednesday, 16 October 2013

Percubaan Pertama

Percubaan Pertama berbicara melalui Blog..

Saya hanya cuba menghasilkan sesuatu yang ringkas tapi penuh dengan pengajaran.... harapnya begitulah..apa pun terserah kepada yang membaca untuk menceduk apa-apa yang positif agar tulisan saya ini dapat melipatgandakan kebaikan bukan untuk diri saya saja malah untuk orang lain juga. Insya allah.