Friday, 18 October 2013

Apa hasilnya SPM?

Hari terakhir menduduki SPM, kami beramai-ramai menaiki bas ke kampung sebelah. Cikgu Biologi berkahwin. Dengan uniform sekolah, kami meriahkan kenduri beliau. Manisnya kenangan.

Beberapa bulan selepas itu, keputusan SPM pun di umumkan. Tentulah saya punya harapan yang tinggi melangit untuk mendapat keputusan yang cemerlang walau mungkin tak dapat title pelajar cemerlang. Zaman saya SPM, keputusan ikut pangkat berdasarkan aggregat. Lebih kecil nilai aggregat, lebih bagus keputusannya. Semua orang nak rebut pangkat 1 dengan aggregat serendah mungkin. Nak kira aggregat pula...ambil keputusan dari 4 subjek teras (BM wajib dalam pengiraan aggregat) dan 2 subjek sains (saya pelajar sains tulen). Makanya saya dapat agregat 16 gara-gara BM dapat C4. Saya menangis teresak-esak kerana kecewa dengan angka 16 walau masih dapat pangkat 1.

Sampai di rumah, mak tegur, "tak apa la yang penting dapat pangkat 1". Betul la apa yang mak cakap tu. Sepatutnya saya bersyukur,  Masih dapat pangkat 1. Bukan itu saja, saya pelajar terbaik subjek Fizik dan hampir-hampir juga dapat jadi pelajar terbaik BI (sekarang cakap BI berhabuk tonggang langgang)

Masa penyampaian anugarah pelajar terbaik di SMAT, saya sudah pun memulakan pelajaran di universiti. Memang rasa nak balik kampung untuk hadir majlis tersebut, tapi mak ayah tak berapa sokong keputusan nak balik kampung tu. Jadi saya batalkan niat aje. Dapatlah ayah naik pentas sekolah terima anugerah bagi pihak saya. Pasti ayah bangga.

Harap-harap yang membaca ni tidak la merasa saya menunjuk nunjuk...coretan saya ni sekadar perkara-perkara baik yang dapat saya kongsikan.

 
-Maton-

No comments:

Post a Comment